Iklan

Wednesday, January 10, 2018

Cerita Sambal Hitam

   

     Bermula tahun 2014 idea biz sambal hitam dicadangkan dan kini sudah masuk tahun ke-4 biz sambal hitam lazat sudah semakin berkembang. Pada tahun 2015 sambal hitam lazat mula diedarkan di Restoran Claypot Patin Tempoyak, Temerloh. Pada tahun 2016 sambal hitam lazat sudah mula menjadi buah tangan istimewa untuk dibawa balik ke kampung halaman apabila ia boleh didapati di Terminal Sentral Kuantan. Warga Kuantan tidak perlu bersusah payah lagi untuk ke Temerloh bagi mendapatkan stok sambal hitam lazat. Pada tahun 2017 sambal hitam lazat sudah mula mendapat sambutan di Ipoh, Perak, Johor Bahru, Kota Bahru dan Melaka. Bulan Ramadhan menjadi tumpuan tempahan kerana ramai pelanggan  menjadikan sambal hitam lazat sebagai penambah selera sewaktu bersahur.
     Untuk anda yang ingin mencuba sambal hitam lazat kami syorkan anda nikmati hidangan sambal hitam ini bersama nasi putih kosong atau bihun kosong sahaja dulu, dan gambarkan rasa pedas masam manis masin nya yang harmoni dengan teksturnya yang lembab dan lembut itu. Kemudian ceritakan pada kengkawan.
     Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Sambal Hitam Lazat (SHL) ini, boleh layari
        www.sambalhitamlazat.weebly.com @ www.sambalhitamlazat.blogspot.com dan
     LIKE facebook kami di
        www.facebook.com/resepisamballazat.

Sempena tahun baru ini pihak SHL ingin menawarkan 10 bekas sambal hitam lazat percuma kepada anda yang bertuah. Siapa cepat dia dapat. Tempoh tawaran bermula dari 10/1/18 hingga 30/1/18. Untuk mendapatkan tawaran ini sila SMS segera ke 012-9224907 seperti berikut:
                                                   <nama><alamat><TawaranSHL2018>.