Iklan

Wednesday, July 13, 2011

Panduan Keibubapaan

Mewujudkan kecemerlangan seseorang anak bukanlah mudah. Ia menuntut peranan mengasuh dan mendidik secara pintar oleh ibu bapa. Ibu bapa yang mengetahui kemahiran keibubapaan akan melaksanakan penjagaan anak secara sistematik bagi melahirkan seorang insan soleh dan berguna serta berjaya dalam masyarakat.

Ibu bapa Sebagai 'Role Model'
Dalam proses pembesaran anak-anak, ibu bapa berperanan sebagai 'role model'. Oleh itu, di antara sikap ibu bapa yang boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak ialah:-
  • Sikap terhadap diri sendiri
  • Sikap terhadap anak-anak
  • Sikap terhadap jiran dan masyarakat
  • Sikap terhadap sekolah dan mata pelajaran anak
  • Sikap terhadap pembentukan budaya ilmu dalam keluarga
Panduan Mengasuh dan Mendidik Anak-Anak
Kedua ibu bapa berperanan mengasuh dan mendidik anak secara bersama. Di antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh para ibu bapa ketika mendidik dan mengasuh anak-anak ialah:-
  • Mewujudkan interaksi sosial secara dua hala dan harmoni dengan anak.
  • Mewujudkan keadaan dan suasana rumah serta persekitaran yang  harmoni, aman dan damai.
  • Kehidupan keluarga hendaklah berpandukan peraturan agama dan nilai-nilai akhlak yang murni.
  • Mengekalkan kestabilan perkahwinan dengan saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama tanpa dipaksa.
  • Beri perhatian terhadap perkembangan anak.
  • Jelaskan peraturan dan disiplin hidup dalam rumah dan keluarga.
  • Wujudkan suasana dan kepimpinan keluarga yang demokratik, adil dan penyayang.
  • Elakkan daripada memaksa anak bertindak di luar kemampuan.
  • Sediakan keperluan asas fizikal seperti makan-minum, pakaian, kediaman selesa, perlindungan dan pelbagai lagi.
  • Wujudkan keperluan sosial dan emosi anak seperti kasih sayang, rasa dimiliki, status dan pelbagai lagi.
Menjadi Ibu Bapa Bukan Mudah
Tekanan hidup dan keadaan semasa kadang-kadang datang dengan cara mendadak. Jika kita rasa marah, geram dan benci, jangan lepaskan geram kepada anak anak. Cuba langkah-langkah berikut:-
  • Ingat Tuhan!!!...duduk dan bertenang
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan kira hingga 10 atau lebih jika perlu
  • Tenangkan fikiran, fikirkan sesuatu yang indah dan nyaman
  • Hubungi dan berbual dengan rakan atau keluarga mengenai masalah yang dihadapi
  • Ambil bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar
  • Lihat album lama sambil ingat peristiwa manis
  • Bersenam dan mendengar muzik ringan
  • Baring atas lantai dan berehat...
  • Bawa anak bersiar-siar
  • ...Buatlah sesuatu yang  disukai
[Sumber: http://www.japem.gov.bn/Tips/panduan%20keibubapaan.htm]

Saturday, July 9, 2011

Menangani Masalah Disiplin Kanak-Kanak

Memang banyak cara dan pendekatan yang boleh dilakukan untuk menangani disiplin kanak-kanak:
  • Pertamanya jangan marah-marah dulu.
  • Setiap kesalahan hendaklah dipertimbangkan secara objektif.
  • Jangan membuat apa-apa kesimpulan tanpa memahami keadaan, yakni tanpa membuat siasatan dulu.
  • Pastikan suasana adalah tenang diantara ibu bapa dan kanak-kanak sebelum membuat penyiasatan.
  • Kanak-kanak hendaklah diberikan peluang untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu tuduhan.
  • Setelah memahami keadaan sebenar, ibu bapa hendaklah menyedarkan kanak-kanak ini tentang kesalahan yang dibuatnya, jika didapati yang kanak-kanak ini bersalah.
  • Ibubapa harus memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengubah atau memperbaiki keadaan sebelum satu-satu hukuman dijatuhkan.
  • Pada waktu yang sama ibu bapa boleh juga menyemak akan punca-punca kenapa menjadi begini-begitu tanpa ada sifat wasangka, sifat dendam ke atas kanak-lanak atau mungkin sifat mempersalahkan diri sendiri dan suasana sekeliling.
  • Untuk mengantikan ini, ada baiknya menanamkan sifat ingin membantu atau Memperbaiki keadaan. TO CORRECT THE SITUATION.
  • Dan jika masalah ini melibatkan kes berat, misalkan bersabit dengan penyalahgunaan dadah atau seumpamanya, sangat-sangat disarankan untuk mendapatkan bantuan khidmat professional seperti kaunselor, badan pemulihan dan lain-lain yang di fikirkan relevance.

    [Sumber: http://www.japem.gov.bn/Tips/Tatacara.htm]

Wednesday, July 6, 2011

Tips Tangani Anak Gemuruh

Kanak-kanak perlukan perhatian. Kadangkala kita rimas dengan perhatian yang didambakan, dan itulah ujian Allah kepada ibu-bapa. Antara panduan ringkas untuk hadapi kanak-kanak gemuruh ialah:
  • Elakkan daripada menengking anak. Tindakan menengking akan membuat anak takut dan cemas.
  • Bawa anak bersiar-siar seperti ditempat awam bagi memperluas pergaulan dan sosial mereka.
  • Jika gemuruh anak tidak dikawal, rujuk golongan professional yang boleh membantu.
  • Bersabar dan berlembut berhadapan dengan anak gemuruh
  • Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak.
[Sumber: http://www.japem.gov.bn/Tips/tangani%20anak%20gemuruh.htm]

Sunday, July 3, 2011

10 Tip Keselamatan Di Bilik Tidur Kanak-Kanak

  1. Pasang kunci keselamatan, jerji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya.
  2. Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji.
  3. Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir.
  4. Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak
  5. Elakkan daripada meletakkan perabot berbucu tajam.
  6. Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan
  7. Jangan letakkan patung besar berdekatan anak damit biskita
  8. Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut anak damit atau kanak-kanak
  9. Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur
  10. Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.


[Sumber:http://www.japem.gov.bn/Tips/keselamatan%20bilik%20tidur%20kanak-kanak.htm]

MUKADIMAH

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan petunjuk dan hidayah-Nya.

Tidak dapat dinafikan oleh akal yang waras bahawa setiap kejadian di dunia ini pasti ada penciptanya. Dan setiap makhluk yang diciptakan Allah itu pasti mempunyai tujuan penciptaannya.

Lahirnya manusia di dunia ini penuh dengan sifat kekurangan namun penuh dengan sifat kesucian. Lantas pendidikan sangat penting untuk mengatasi sifat kekurangan itu satu persatu dan terus meningkatkan sifat kesucian yang sedia ada. Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih, bersih dan suci dari dosa dan noda. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kanak-kanak itu melalui pendidikan, contoh, teladan bagaimana corak, bentuk dan nilai yang akan dipegang oleh kanak-kanak itu. Oleh itu perlunya ibu bapa mengetahui cara mendidik kanak-kanak dengan betul agar perkembangan tubuh, mental dan spiritual kanak-kanak itu lengkap pada setiap fasa pertumbuhan. Kecacatan dalam memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak pada setiap fasa akan menyebabkan kanak-kanak tersebut membesar dengan kekurangan sifat sama ada dari segi mental, spiritual atau fizikal.

Matlamat blog ini adalah untuk menjadi tempat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak. Walaupun sudah pasti ada website lain yang memaparkan kandungan yang seperti ini, kehadiran blog ini akan menambahkan lagi sumber maklumat dalam talian internet.

Sekian