Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan petunjuk dan hidayah-Nya.
Tidak dapat dinafikan oleh akal yang waras bahawa setiap kejadian di dunia ini pasti ada penciptanya. Dan setiap makhluk yang diciptakan Allah itu pasti mempunyai tujuan penciptaannya.
Lahirnya manusia di dunia ini penuh dengan sifat kekurangan namun penuh dengan sifat kesucian. Lantas pendidikan sangat penting untuk mengatasi sifat kekurangan itu satu persatu dan terus meningkatkan sifat kesucian yang sedia ada. Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih, bersih dan suci dari dosa dan noda. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kanak-kanak itu melalui pendidikan, contoh, teladan bagaimana corak, bentuk dan nilai yang akan dipegang oleh kanak-kanak itu. Oleh itu perlunya ibu bapa mengetahui cara mendidik kanak-kanak dengan betul agar perkembangan tubuh, mental dan spiritual kanak-kanak itu lengkap pada setiap fasa pertumbuhan. Kecacatan dalam memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak pada setiap fasa akan menyebabkan kanak-kanak tersebut membesar dengan kekurangan sifat sama ada dari segi mental, spiritual atau fizikal.
Matlamat blog ini adalah untuk menjadi tempat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak. Walaupun sudah pasti ada website lain yang memaparkan kandungan yang seperti ini, kehadiran blog ini akan menambahkan lagi sumber maklumat dalam talian internet.
Sekian
No comments:
Post a Comment