Tuesday, May 18, 2021

Bukan Cinta Biasa : Prolog

 BCB

      Aku ingin melakarkan kisah cintaku kepada seluruh isi dunia. Biar semua tahu cintaku bukan cinta biasa.

     "Cinta itu bukan satu permainan, maka itu aku tidak bermain dengan cinta. Aku mahu cinta yang lahir dari hati, tanpa ada rasa paksaan atau gesaan dari sesiapa, mahupun keadaan dan suasana. Masih adakah cinta sebegitu di zaman ini....Masih adakah?"

     Mengapa ada yang menganggap cinta itu perlu dicari. Mengapa ada yang menganggap cinta itu perlu diberi. Cinta bukanlah suatu benda yang boleh diberi atau dicari. Cinta hanya perlu dibelai dan dijaga apabila ia hadir. Dan aku masih menunggu saat itu.

     Malam sentiasa menyingkap kenanganku pada saat-saat indah bersamamu. Kenapa malam? Kenapa kau sentiasa menemaniku dengan kenangan-kenangan sebegini.

     Ahhh,aku tidak tahu jawapan. Ada sesiapa yang tahu jawapan? Cuba lihat di sana. Pandang cermin itu. Lihatlah susuk tubuh yang tersergam di hadapanmu.  Tanya pada dia kenapa masih sendirian disaat ini, sedangkan rakan-rakannya sudah berteman? Kemudian tanya diri apa perasaan mu? Tidakkah kau mempunyai perasaan? Lihatlah dirimu sepuas-puasnya. Fikirlah dengan melihat alam sekelilingmu. Malam mendetikkan suara hatinya dan meluahkan amarahnya.

Kay melihat cermin yang tergantung di dinding. Melihat rupa dirinya. Apakah kekurangan dan apakah kelebihan.

"Betul ke aku kacak? Ke mereka saja nak memainkan perasaanku. Kalau kacak kenapa masih  tiada perempuan yang mahu ber 'couple' dengan aku. Kengkawan kata aku ok, ada manis. Jadi apakah masalahnya. Apa sebenarnya yang sedang berlaku ni?

"Betul kau hendak tahu apa yang berlaku dengan hidupmu! Sesungguhnya betul-betul kau hendak tahu?? Suara hatinya berdetik lagi.

No comments: