Iklan

Thursday, January 8, 2015

Bisnes Baru Bermula

     Awal tahun 2014 idea biz sambal hitam telah dicadangkan. Bermula dengan 'test market' kepada rakan-rakan dan membawa cabaran uji rasa kepada pelanggan di sekitar bandar Jengka rata-rata menyukai kelazatan rasanya. Berbagai feedback dari pelanggan telah dianalisa terutama dari segi rasanya. Ada yang mengatakan kurang masamnya tak seperti yang mereka pernah makan. Ada yang mengatakan terlalu pedas. Namun memang tidak dinafikan rasa sambal hitam tradisional Pahang ini memang ada beberapa versi.Dikatakan asal usul sambal hitam Pahang ni yang originalnya di Jerantut. Perlu buat kajian lagi tentang sejarahnya. Walau apa pun, sepanjang tahun 2014 pengenalan sambal hitam lazat kepada pelanggan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Untuk mengetahui perkembangan lanjut Sambal Hitam Lazat (SHL) ini, boleh layari www.sambalhitamlazat.weebly.com @ www.sambalhitamlazat.blogspot.com. 

Sempena setahun umur biz SHL ini, pihak kami ingin menawarkan 10 bekas sambal hitam lazat secara percuma kepada anda semua. Siapa cepat dia dapat. Tempoh tawaran bermula dari 9/1/15 hingga 31/1/15. Untuk mendapatkan tawaran ini sila SMS segere ke 012-9224907 seperti berikut:
                                                   <nama><alamat><TawaranSHL2015>.
Anda juga boleh LIKE facebook kami di www.facebook.com/resepisamballazat @ www.facebook.com/sambalhitamlazat.


No comments: